Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Azam Baki jawab tuduhan, akui akaun saham diguna adik -

Azam Baki jawab tuduhan, akui akaun saham diguna adik

Azam Baki nafi kawal syarikat konglomerat

Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki menafikan sekeras-kerasnya terhadap tuduhan beliau mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat seperti didakwa dan tular, sejak akhir-akhir ini.

Beliau menganggap ia satu penipuan besar pihak tertentu untuk memberi persepsi negatif yang direka cipta untuk menjatuhkan reputasinya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada sidang media khas di Putrajaya hari ini Azam menjelaskan tentang dakwaan pembelian saham menerusi akaunnya pada 2015.

“Saya tidak melakukan kesalahan. Dakwaan bahawa terdapat konflik kepentingan pada pihak saya adalah tidak berasas.

“Akaun saham saya digunakan oleh adik saya. Saya tidak mempunyai kepentingan dalam saham yang dibeli. Saham dibeli oleh abang saya dan syarikat-syarikat tidak ada kaitan dengan (mana-mana) siasatan SPRM,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Azam berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat dakwaan terhadapnya.

Tambah Azam lagi, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mula-mula membangkitkan dakwaan berkenaan terhadapnya kerana cuba mencemarkan nama baiknya, walaupun tidak mendedahkan pihak terbabit secara khusus.

Beliau juga berkata, “berkemungkinan besar” akaun Twitter “pemberi maklumat” kontroversi Edisi Siasat akan menjadi antara mereka yang disaman.

Ketika ditanya mengapa beliau mengambil masa yang begitu lama untuk menjawab dakwaan yang pertama kali dibangkitkan pada pertengahan Disember, Azam berkata, beliau tidak perlu menjelaskan apa-apa kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Tetapi apabila saya diminta menjelaskan perkara itu kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, saya memberi penjelasan terperinci kepada mereka,” katanya.

Tambahnya, beliau telah memaklumkan kepada pihak atasan pada 2015 apabila saham itu mula dibeli oleh adiknya dan mereka berpuas hati dengan penjelasannya.

“Saya tidak melihat ia sebagai satu isu. Saya rasa ia bukan satu kesalahan,” katanya.

Beliau mengakui mungkin ada pihak tertentu yang marah dengan kerja yang dilakukannya dan cuba mencemarkan nama baiknya.

“Saya tidak tahu agenda mereka tetapi apa yang saya dapat lihat ialah mereka cuba merosakkan reputasi saya,” katanya.