PENYANYI Irwansyah membuat laporan polis terhadap adik kandungnya di Balai Polis Metro Jakarta Selatan setelah ditipu RM600,000 (2 bilion Rupiah) baru-baru ini.
Menurut peguam yang mewakili penyanyi itu, Muhammad Zakir Rasyidin mendedahkan yang Hafiz Fathur memalsukan tandatangan abangnya itu untuk membuat pinjaman bank.
“Irwansyah telah membuat laporan polis berkaitan dengan pemalsuan tandatangan memandangkan pihak bank sudah mengirimkan surat menurut pembayaran.
“Sudah pasti Irwansyah terkejut apabila dituntut sejumlah wang sedangkan dia tidak memiliki apa-apa hutang,” kata Zakir dalam satu sidang media yang diadakan pada Isnin.

Menurut kronologi kes, Hafiz Fatur bukan sahaja memalsukan tandatangan Irwansyah tetapi juga tandatangan isterinya, Zaskia Sungkar
Mengikut siasatan, penipuan tersebut sudah dilakukan sejak tahun 2018 dan mereka hanya menyedari perkara berkenaan baru-baru ini.
Mereka ada bertemu dengan pihak bank untuk menyiasat terperinci perkara berkenaan dan Zakir menyatakan ada beberapa hal meragukan telah berlaku.
“Akhirnya saya sendiri yang menyiasat kepada pihak bank dan mereka mengaku tidka pernah bertemu dengan Irwansyah dan hanya berjumpa dengan Hafiz sahaja.
“Mereka dirugikan kami juga dirugikan, karena rumahnya sudah disita oleh bank, itu yang menjadi isu sekarang,” tambahnya seperti dilaporkan Detik Hot.
Buat masa ini, Irwansyah mahupun Zaskia masih belum memberikan apa-apa kenyataan dan menyerahkan kepada pihak peguam untuk menguruskan semuanya. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.