BERANI mati, itu gambaran yang dapat dibuat tatkala melihatkan sekeping gambar yang dimuat naik oleh pelakon Namron menerusi Instagram peribadi miliknya.
Gambar separuh bogel yang memaparkan dia hanya menutup bahagian sulit dengan bantal dan anak patung membuatkan ramai yang terkejut dengan tindakan berani matinya itu.
Selain gambar yang ‘berani mati’ tersebut, kapsyen yang ditulis oleh Namron juga menarik perhatian umum.
“Rahsia kebahagiaan. Berbuat baiklah dengan semua orang tak kira siapa mereka. Ibu, bapa, saudara mara, jiran tetangga, muda, tua, baik, jahat, kaya, miskin, Islam atau tak, tak kira apa bangsa, warna kulit, cantik, hodoh, perempuan, lelaki, ahli maksiat, ahli agama, ada agama atau tak, pelacur, pencuri, kaki mabuk, mat gian, mat rempit, cacat atau tidak, rockstar, pornstar, bla bla bla…
“Kerana kita semua adalah sama makhluk tuhan sekalian alam. Dan, bergantung penuhlah dengan Allah kerana Dialah yang menggerakkan setiap sesuatu. Dialah yang bagi petunjuk dan Dialah yang menyesatkan. Bukan kita. Amin,” tulisnya.
Sudah pasti perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai rakan artis dan selebriti yang turut sama meninggalkan komen menerusi perkongsian tersebut.
Meskipun tulisannya penuh makna dan berunsurkan nasihat, ini bukanlah kali pertama dia memuat naik gambar sedemikian.
Beberapa hantaran menerusi Instagram sebelum ini juga mengundang perhatian peminat memandangkan ada sesuatu yang ingin disampaikan.
Terdahulu Namron menggunakan platform media sosial mengkritik keputusan segelintir stesen televisyen yang hanya memberikan peluang kepada artis yang mempunyai 1 juta pengikut sahaja.
Dia membuat beberapa hantaran menyindirnya keputusan tersebut dengan memaparkan gambar ‘daring’ semata-mata untuk mengumpul 1 juta peminat bagi memenuhi kehendak stesen.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.