JUMLAH mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 5,479 orang daripada 1,486 keluarga, setakat jam 8 pagi tadi.
Semua mangsa kini ditempatkan di 78 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah.
Sehingga jam 4 pagi tadi, hanya 5,442 mangsa daripada 1,476 keluarga berada 78 PPS.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, Segamat masih menjadi daerah paling terjejas banjir apabila mangsa meningkat kepada 4,016 orang daripada 1,093 keluarga yang ditempatkan di 52 PPS, pagi ini.
Katanya, ia berbanding hanya 3,988 mangsa daripada 1,086 keluarga yang ditempatkan di 52 PPS, 4 pagi tadi. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.