Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Tangani segera pengemis lagak samseng, jangan sampai rakyat bertindak balas -

[VIDEO] Tangani segera pengemis lagak samseng, jangan sampai rakyat bertindak balas

ISU lambakan warga asing meminta sedekah di Malaysia bukanlah satu perkara yang baharu untuk dikupas. 

Sejak kebelakangan ini, warga asing mendominasi sekitar kawasan Ibu Kota dengan meminta sedekah di lampu isyarat dan ia dilihat sebagai isu yang sensitif buat rakyat Malaysia untuk disentuh.

Namun, tinjauan SatuBerita di sekitar Cheras dan Kuala Lumpur mendapati modus operandi mereka itu seakan-akan diperlahankan hari ini oleh kerana tindakan mereka dirakam dan tersebar di media sosial sejak semalam.

Amirul Ashraf, 23

Seorang pengguna jalan raya, Amirul Ashraf, 23, berkata, tindakan warga asing meminta sedekah di tengah jalan raya membimbangkan kerana ia membahayakan keselamatan mereka dan pengguna jalan raya tersebut.

“Sangat bahaya, dari keselamatan memang bahaya. Kalau kita tak bagi, memang dia akan ketuk pintu kereta, atau pun cermin kereta. 

“Kita tak nak sampai rakyat kita sendiri menggunakan kekerasan terhadap orang seperti ini yang kadang-kadang menyusahkan keadaan,” katanya ketika ditemui SatuBerita.

Bercerita tentang pengalamannya, Ashraf pernah berhadapan dengan situasi di mana modus operandi seorang warga Rohingya mengemis dengan membawa anak kecilnya di tengah jalan raya.

Menurut Ashraf, rakyat Malaysia tidak sepatutnya memberi sedekah kepada mereka kerana ia secara tidak langsung menyokong mereka untuk membahayakan keselamatan.

“Kes warga Rohingya untuk minta sedekah dan ketuk kereta secara paksaan bukanlah benda yang baru. 

“Dua tahun lepas, dekat Sungai Buloh, saya pernah lalui benda yang sama, di mana situasi itu warga Rohingya itu bawa anak kecilnya, untuk minta sedekah daripada kereta ke kereta.

“Untuk memberi sedekah ada banyak platform yang lebih elok, dengan cara yang dia bagi di tengah jalan, sekiranya kita bagi, maksudnya kita menyokong pergerakan mereka. 

“Saya tak rasa orang ramai patut sedekah semata-mata kerana, jika kita buat, perkara ini akan berterusan tanpa pengakhiran, katanya.

Hareez Aiman, 24

Menyokong perkara itu, Hareez Aiman, 24, menegaskan pihak kerajaan harus mengambil langkah untuk mengawal modus operandi tersebut supaya keselamatan pengguna jalan raya di Malaysia terjamin.

“Memang dah banyak inisiatif kerajaan buat untuk gelandangan dan orang yang minta sedekah, tetapi sepatutnya salurkan ke tempat yang betul. 

“Pergi ke kawasan yang banyak orang minta sedekah, cari mereka dan kumpulkan mereka. 

“Buatkan pelan untuk mereka, bukan hanya bagitahu berapa banyak bantuan yang akan diberikan. Kalau beri RM1,000 duit itu akan habis juga kerana kita tidak pantau duit itu ke mana,” katanya.

Ahmad Suhaimi, 28

Sementara itu, Ahmad Suhaimi, 28, berkata, jika memberi sedekah kepada warga asing, ia seolah-olah mendorong mereka untuk meminta secara berlebihan.

Kata Suhaimi berdasarkan pengalamannya, dia menjadi rimas apabila diganggu sekumpulan warga asing yang memaksa untuk memberi sedekah.

“Pengalaman saya sendiri, bila kita bagi (sedekah) kepada seorang, dia akan panggil kawan-kawan dia untuk minta (sedekah) pada kita. 

“Kita pun kadang-kadang bukan bawa duit yang banyak, bila kita tidak bagi (sedekah), mereka akan ganggu kita tak kisah di lampu isyarat ataupun di kedai makan,” katanya.

Baca berita berkaitan: ‘Long Junior’ minta sedekah, ketuk cermin kereta

Terdahulu media melaporkan, sekumpulan pengemis kanak-kanak warga asing kini semakin berani dengan bertindak secara agresif ketika meminta sedekah daripada pengguna jalan raya yang berhenti di persimpangan lampu isyarat. 

Tindakan mereka itu seolah-olah memberi amaran kepada pengguna jalan raya supaya menghulurkan sumbangan wang tunai. – SB