Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] ‘Long Junior’ minta sedekah, ketuk cermin kereta -

[VIDEO] ‘Long Junior’ minta sedekah, ketuk cermin kereta

SEKUMPULAN pengemis kanak-kanak warga asing kini semakin berani dengan bertindak secara agresif ketika meminta sedekah daripada pengguna jalan raya yang berhenti di persimpangan lampu isyarat. 

Tindakan mereka itu seolah-olah memberi amaran kepada pengguna jalan raya supaya menghulurkan sumbangan wang tunai. 

Perbuatan mereka itu terdedah melalui rakaman video yang tular di media sosial. 

Video berdurasi 25 saat itu menyaksikan kanak-kanak yang dipercayai berbangsa Rohingya, memarahi perakam video apabila merekodkan gerak-gerinya meminta sedekah, di Cheras, Kuala Lumpur.

Lebih mengejutkan apabila di video yang berbeza, kanak-kanak tersebut menunjukkan lagak yang sama memarahi pemandu kereta selepas mengetuk cermin kereta untuk meminta sedekah.

Klip video itu segera mendapat reaksi dan kecaman orang ramai yang beranggapan kanak-kanak Rohingya itu sudah keterlaluan serta menggelar kanak-kanak itu ‘Long Junior’.

“Long Tiger 2.0 dalam pembikinan. Kalau aku ada dekat situ, turun kereta jentik telinga baru dia tahu, kecil-kecil dah pandai nak ugut orang,” tulis Alias Idris di ruangan komen.

“Bahaya ni, kalau dah besar jadi penjenayah. Kita pulak rasa tak selamat duduk negeri sendiri,” kata Norjelesin Majid.

“Makin dibiarkan makin kurang ajar,” kata Man Jeman.

Gelaran ‘Long Junior’ diberi kerana penjenayah berbangsa Rohingya dikenali sebagai ‘Long Tiger’ yang berjaya ditangkap setelah meloloskan diri dari lokap Mahkamah di Johor dan berjaya ditahan semula selepas 13 hari menjadi buruan polis. 

Long Tiger kini direman sehingga 3 Januari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan dan masih mempunyai status perbicaraan di bawah Seksyen 506 kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 di Mahkamah Sesyen Muar. – SB