Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Waspada fenomena air pasang besar bermula Ahad ini -

Waspada fenomena air pasang besar bermula Ahad ini

PENDUDUK di pesisir pantai khususnya di negeri-negeri pantai Barat Semenanjung Malaysia diminta agar lebih berwaspada berdepan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula Ahad hingga Rabu depan.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia memaklumkan, kejadian fenomena air pasang besar kali ini berskala lebih kecil berbanding November lalu.

“Bagaimanapun, keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak yang akan menyebabkan berlakunya banjir kilat, limpahan air laut serta banjir pantai.

“Kawasan-kawasan yang berisiko adalah di Kedah (Kuala Muda), Perak (Bagan Datoh), Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) serta Johor (Batu Pahat dan Pontian),” katanya menerusi satu kenyataan, pada Ahad.

Justeru, orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh dinyatakan di kawasan terbabit.

“Orang ramai juga diminta sentiasa memantau keadaan cuaca dan sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, mereka perlu bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan,” jelasnya. – SB