Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Klopp sertai senarai positif Covid-19 skuad Liverpool -

Klopp sertai senarai positif Covid-19 skuad Liverpool

by

in

SITUASI sukar melanda Liverpool apabila Jurgen Klopp serta pemainnya dijangkiti Covid-19, menjelang pertembungan menentang Chelsea, awal pagi esok. 

Persiapan skuad The Reds terjejas selepas kehilangan beberapa pemain tonggak dan kali ini, pengendalinya juga bakal diketepikan ketika berkunjung ke laman The Blues dalam aksi Liga Perdana Inggeris. 

Pengurus Liverpool, Klopp akan terlepas pertembungan hebat itu selepas mengembalikan ujian yang disyaki positif Covid-19.

Kelab itu mengesahkan pada Sabtu, bahawa Klopp melaporkan simptom dan kini mengasingkan diri dan penolongnya, Pep Lijnders akan mengendalikan pertemuan The Reds dengan skuad kendalian Thomas Tuchel di Stamford Bridge.

Biarpun yakin perlawanan itu akan diteruskan, namun pengurusi dari Jerman tersebut berkata, ia bukan sesuatu yang bagus untuk berdepan gergasi liga dalam keadaan begitu.

Klopp sebelum ini mendedahkan tiga kes positif dalam kalangan skuadnya semasa sidang media pra-perlawanannya.

Namun, Klopp enggan mendedahkan nama pemain yang positif kerana masih menanti keputusan ujian tetapi penyerang Roberto Firmino dan penjaga gol, Alisson Becker tidak kelihatan dalam sesi latihan.

Bagaimanapun, tiada lagi kes positif dalam kalangan staf berikutan ujian lanjut ke atas keseluruhan persediaan pasukan utama.

Aksi di Stamford Bridge, London sangat penting buat ke­dua-dua pasukan yang terdesak untuk menghambat pendahulu liga, Manchester City.

Liverpool menuju ke perlawanan dengan 12 mata di belakang pendahulu Manchester City, berikutan kemenangan 2-1 pada minit terakhir menentang ke atas Arsenal malam tadi. – SB