Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Enam sungai di Pahang melepasi paras bahaya -

Enam sungai di Pahang melepasi paras bahaya

PARAS air di enam sungai di Pahang merekodkan bacaan air sungai melepasi tahap bahaya setakat jam 8 pagi tadi, berbanding hanya empat sungai, semalam.

Berdasarkan maklumat di laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai yang melepasi paras bahaya ialah di daerah Lipis, manakala masing-masing satu di Jerantut, Bera dan Maran.

Sungai terbabit ialah Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis yang merekodkan bacaan 99.67 meter (m) berbanding paras bahaya 97.25m.

Sungai Jelai di Jeti Lipis, Lipis pula merekodkan 66.11m berbanding 62m manakala Sungai Lipis di Benta, Lipis 75.38m berbanding 73.50m.

Ia diikuti Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut dengan catatan 45.67m berbanding paras bahaya 41 m dan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera, dengan catatan 32.06m berbanding paras bahaya 29.70m.

Selain itu, sembilan sungai mencatatkan bacaan melebihi paras amaran manakala paras waspada pula membabitkan tujuh sungai. – SB