Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] 77.6 peratus sampel pengembara dari Arab Saudi positif Covid-19 - KJ -

[VIDEO] 77.6 peratus sampel pengembara dari Arab Saudi positif Covid-19 – KJ

SEBANYAK 966 daripada 1,077 sampel positif Covid-19 yang diambil dari 21 sehingga 29 Disember lalu telah menunjukkan jangkitan varian Omicron. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 77.6 peratus jangkitan varian Omicron itu melibatkan pengembara dari Arab Saudi. 

“Penangguhan sementara aktiviti umrah adalah untuk memperlahankan penularan varian Omicron. Penilaian risiko akan terus dilakukan.

“Ia dijangka dapat membantu mengurangkan risiko penularan Omicron di dalam negara dan memperlahankan peningkatan kes Covid-19,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Tambah Khairy, penilaian risiko situasi Covid-19 di dalam dan luar negara, khususnya di Arab Saudi akan dilakukan secara berkala.

Penangguhan itu menurutnya dapat memperlahankan jangkitan varian Omicron dan peningkatan kes Covid-19 di negara.

“Penilaian risiko situasi Covid-19 di dalam dan luar negara, khususnya di Arab Saudi akan dilakukan secara berkala bagi membuat keputusan untuk membenarkan semula aktiviti umrah.

“Ini adalah langkah pencegahan untuk kita perlahankan, apa yang kita tahu akan datang iaitu gelombang Omicron. 

“Gelombang Omicron adalah satu perkara yang nyata yang akan tiba di semua negara,” ujarnya.

Semalam, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini. 

Menurut Khairy, perhimpunan berskala besar melibatkan jemaah dari pelbagai negara di Arab Saudi mendedahkan jemaah Malaysia kepada risiko jangkitan Covid-19 termasuk varian Omicron. 

Katanya, situasi itu menyukarkan para jemaah untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) umrah yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. – SB