Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki korban keempat banjir di Kelantan -

Lelaki korban keempat banjir di Kelantan

SEORANG lelaki berusia 46 tahun menjadi korban keempat banjir yang melanda Kelantan sejak 17 Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata mangsa keempat itu dikenali sebagai Mohd Razi Jaafar yang ditemukan lemas pada pukul 5.30 petang tadi selepas dipercayai terjatuh ke Sungai Lubok Jong dekat Kampung Serongga.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 3.20 petang tadi daripada abang mangsa yang mengatakan adiknya lemas.

“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas dan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pengkalan Chepa telah menjumpai mangsa di celah akar pokok di tebing sungai iaitu empat kilometer dari rumahnya.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.- BERNAMA