Gempa bermagnitud 7.4 gegar Maluku

0
264

KEPULAUAN Malaku, Indonesia digegarkan oleh gempa bumi bermagnitud 7.4 pada skala Richter yang berlaku pada 1.25 pagi Khamis.

Menurut Agensi Kaji Cuaca dan Geofizik Indonesia, gempa berkenaan berpusat pada 25 kilometer (km) di bawah laut 45 km di Barat Daya dari wilayah tersebut.

Agensi berkenaan juga melaporkan gempa susulan bermagnitud 5.2 pada skala Richter turut dirasakan di pulau-pulau dan bandar-bandar yang berada berdekatan dengan pusat gempa tersebut.

Walau bagaimanapun tiada sebarang amaran tsunami dikeluarkan oleh agensi berkenaan.

Sementara itu menurut Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan tiada sebarang kerosakan mahupun kehilangan nyawa dilaporkan akibat gempa tersebut. — Bernama
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here