Aliff Syukri Positif Covid-19 tahap tiga

USAHAWAN kosmetik kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi khabar duka apabila dirinya disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari bercuti di Turki.

Aliff yang juga penyanyi lagu Bobo Di Mana yang ketika ini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara memohon orang ramai mendoakan kesihatannya.

“Kepada semua sahabat atau sesiapa sahaja yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak, maaf sekiranya pernah terkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, termakan sengaja atau pun tidak.

“Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada Allah.

“Rasa lega sudah mohon maaf pada semua, takut-takut umur saya tidak panjang,” tulis Aliff di Instagramnya seperti yang dilaporkan Utusan.TV.

Kongsi Aliff lagi, wabak maut itu sudah menyerang sehingga ke bahagian paru-parunya dan berada pada tahap ketiga.

“Doakan saya cepat sembuh kerana saya dijangkiti Covid tahap tiga melibatkan paru-paru saya. Saya telah ditahan di wad hospital untuk rawatan rapi. Doa kalian amat saya hargai.

“Saya rindu isteri, anak-anak dan ibu saya,” katanya. – SB