Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiada peruntukan benarkan pengeluaran untuk bencana alam – KWSP -

Tiada peruntukan benarkan pengeluaran untuk bencana alam – KWSP

PIHAK Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Rabu memberitahu, tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan pengeluaran untuk bencana alam dibuat oleh pencarum.

Bagaumana pun, menurut kenyataan itu, agensi itu telah menawarkan sokongan kepada pencarum yang terlibat dengan bencana alam melalui sumber di bawah keupayaannya termasuk peruntukan RM10 juta yang diperoleh daripada penjimatan melalui perbelanjaan operasi yang telah diperuntukkan oleh KWSP.

Sokongan berbentuk barangan yang diperlukan mangsa yang disalurkan itu merupakan salah satu tanggungjawabnya sebagai sebahagian daripada Rangkaian Tindak Balas Bencana GLIC/GLC (GDRN).

“KWSP merupakan sebuah dana persaraan yang diberi mandat bagi melindungi simpanan ahli untuk keperluan dan kesejahteraan masa depan persaraan mereka,” kata kenyataan tersebut.

Agensi yang ditubuhkan pada 1951 itu tertakluk di bawah Akta KWSP 1991, yang menetapkan bahawa Akaun 1 (70% simpanan) ditetapkan bagi persaraan, manakala Akaun 2 (30% simpanan) adalah untuk pengeluaran lain-lain yang dibenarkan bagi menjamin masa depan persaraan yang lebih cerah. – SB