Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
KWSP bimbang bimbang pendapatan susut, kedudukan sebagai organisasi simpanan persaraan terjejas -

KWSP bimbang bimbang pendapatan susut, kedudukan sebagai organisasi simpanan persaraan terjejas

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyatakan kebimbangan terhadap penyusutan pendapatan masa depan pencarum juga akan menjejaskan kedudukannya sebagai sebuah organisasi simpanan persaraan dan pemegang amanah masa depan persaraan ahli.

Agensi itu dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu menyatakan, debagai pemegang amanah, KWSP mempunyai kewajipan fidusiari dalam menjaga kepentingan yang saksama untuk semua ahlinya.

Ini katanya, lebih-lebih lagi apabila masih terdapat berjuta-juta ahli yang tidak menyentuh simpanan mereka dengan harapan untuk mendapat pulangan lebih baik demi menjamin kehidupan persaraan mereka kelak.

KWSP turut mengingatkan, sebarang kemelesetan kepercayaan terhadapnya berkemungkinan boleh menyebabkan pengeluaran caruman secara besar-besaran yang memberi impak negatif terhadap pasaran modal negara.

Agensi dana persaraan itu berkata, ini berikutan sehingga kini terdapat lebih RM270 bilion simpanan yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa oleh ahli yang mencapai usia melebihi 55 atau 60 tahun serta mereka yang mempunyai simpanan lebih RM1 juta.

“Adalah dibimbangi bahawa kemelesetan kepercayaan terhadap KWSP akan memaksa golongan ahli ini mengeluarkan simpanan mereka dengan banyak dan memberi impak negatif terhadap pasaran domestik memandangkan KWSP merupakan tonggak utama dalam pegangan aset pelaburan pasaran modal dan kewangan dalam negara.

“Skala dan kesan pandemik Covid-19 yang tidak dijangka serta kejadian bencana alam baru-baru ini telah menolak perlindungan sosial semasa negara ke tahap maksimum dan pendekatan menggunakan simpanan KWSP untuk keperluan kecemasan pastinya akan memberikan impak yang teruk ketika ahli berdepan ketidakcukupan wang simpanan persaraan dan ditambah lagi dengan ketidaktentuan lain seperti peningkatan kos penjagaan kesihatan,” kata kenyataan tersebut. – SB