Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Cinta tidak direstui keluarga: Enam ditahan bergaduh depan balai polis -

Cinta tidak direstui keluarga: Enam ditahan bergaduh depan balai polis

POLIS menahan tiga lelaki dan tiga wanita warga tempatan ditahan kerana bergaduh di pekarangan Balai Polis Komuniti di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pergaduhan pada pukul 3.25 petang itu berpunca daripada cinta tidak direstui keluarga.

Katanya, anggota yang bertugas cuba meleraikan pergaduhan berkenaan namun tidak diendahkan kesemua suspek terbabit.

“Justeru, polis menahan kesemua suspek kerana melakukan gaduh gempar di tempat awam dan berkelakuan tidak senonoh di kawasan balai polis.

“Bagaimanapun, kesemua mereka dilepaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967.

Mohamad Fakhrudin turut mengingatkan orang ramai supaya menjaga tingkah laku semasa berada di balai polis dan mematuhi arahan anggota bertugas. – SB