LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) ada Selasa mengumumkan penangguhan pembayaran cukai bagi syarikat dan individu yang terjejas akibat banjir.
LHDN dalam kenyataan yang dikeluarkannya pada hari ini berkata, penangguhan bayaran cukai adalah dibenarkan seperti yang berikut:
- Tarikh akhir bayaran anggaran cukai kena dibayar (CP204) bagi bulan Disember 2021 dilanjutkan sehingga 31 Januari 2022;
- Bayaran ansuran siasatan / audit / pungutan / guaman sivil bagi bulan Januari 2022 ditangguhkan sehingga bulan Februari 2022;
- Tarikh akhir bayaran PCB dan / atau CP38 pekerja bagi bulan saraan Disember 2021 dilanjutkan untuk diremit sehingga 31 Januari 2022; dan
- Bayaran baki cukai dibenarkan penangguhan sehingga ke suatu tempoh yang dimohon oleh pembayar cukai.
Agensi tersebut juga memaklumkan, pembayar cukai dan majikan yang terjejas perlu mengemukakan permohonan penangguhan bayaran cukai ini kepada LHDN melalui e-mel atau mengisi borang maklum balas di laman webnya.
Tambah kenyataan tersebut, dokumen yang perlu dikemukakan bagi menyokong permohonan tersebut adalah berdasarkan kepada merit kes.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui:
- Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
- HASiL Live Chat; dan
- Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/
- SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.