DUGAAN berganda buat Ebby Yus apabila terpaksa dimasukkan ke hospital sejak empat hari lalu setelah mengadu sakit dada sejak beberapa hari yang lalu.
“Saya di hospital dan sudah empat hari di sini. Selepas banjir hari itu saya ditahan di sini,” katanya kepada pihak media.

Dipercayai pelawak berusia 56 tahun ini mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan mendedahkan sedang menjalani beberapa ujian untuk mengesan secara terperinci penyakitnya itu.
Tambahnya, dia berhadapan dengan masalah paru-paru berair dan akan melakukan beberapa prosedur bagi mengatasi masalah tersebut.
“Doktor kata paru-paru saya ada air dan berkemungkinan besar akan ditebuk untuk mengeluarkan air bagi menegelakkan jangkitan lebih teruk.
“Apa yang penting saya mengharapkan doa daripada anda semua untuk saya pulih macam dahulu. Saya bukan minta simpati, tapi minta doa sahaja,” tambahnya.

Terdahulu Ebby diuji apabila rumah yang sedang dalam pembinaan musnah dihanyutkan banjir besar yang melanda kawasan Hulu Langat, Selangor.
Dia yang kerugian sebanyak RM200,000 reda dengan dugaan tersebut dan menganggap itu merupakan ujian buatnya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.