Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Banjir kilat di Kajang sebab longkang jalan persekutuan tak diselenggara, kata ADUN -

Banjir kilat di Kajang sebab longkang jalan persekutuan tak diselenggara, kata ADUN

Banjir yang melanda Taman Lembah Mewah petang tadi dikatakan berpunca daripada longkang jalan persekutuan tidak diselenggara dengan baik, kata ADUN Kajang, Hee Loy Sian.

Di Jalan Semenyih yang melewati Taman Lembah Mewah, katanya, “longkang itu sempit dan lama tidak diselenggara”, menyebabkan ia tidak mampu menampung air yang terlalu banyak apabila hujan lebat.

Beliau yang juga EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor memberitahu FMT, air yang terlalu banyak dari Lebuhraya Persekutuan menyebabkan berlaku limpahan air di Jalan Semenyih susulan longkang yang sempit.

Terdahulu, bomba Selangor melaporkan dua kes banjir kilat iaitu di Taman Lembah Mewah pada 5.35 petang dan di Pangsapuri Glen Court di Bandar Sg Long pada 5.19 petang.

Menurut bomba, air naik setinggi dua kaki di Taman Lembah Mewah ekoran hujan lebat dan longkang tersumbat.

Manakala, kejadian di Pangsapuri Glen Court ekoran limpahan air dari kolam berhampiran, dengan kedalaman satu kaki.

“Kita harap cepat turunkan peruntukan untuk selenggara longkang di Jalan Semenyih ini. Semenyih ini banyak pembangunan. Isu masalah jalan bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan

“Longkang di kedua-dua belah Jalan Semenyih perlu dilebarkan dan diperbesarkan,” katanya.

Hee berkata banjir kerap melanda Jalan Semenyih namun mendakwa tiada apa-apa tindakan dari JKR Persekutuan.

“Itu jalan utama. Patut diberi keutamaan. Saya sudah bangkitkan isu ini melalui Ahli Majlis Perbandaran Kajang dalam mesyuarat bulanan infrastruktur tetapi JKR Persekutuan kata ‘tiada bajet’.”