Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di beberapa negeri -

Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di beberapa negeri

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan  amaran hujan berterusan (WASPADA) peringkat kuning akibat luruan monsun yang sedang berlaku dan hujan lebat dijangka berterusan sehingga 3 Jan tahun depan di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. 

Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini amaran hujan berterusan dikeluarkan untuk kawasan-kawasan di Sabah seperti di Tawau, Sandakan dan Kudat bermula hari ini sehingga 2 Jan 2022.

Sementara itu, hujan lebat dijangka akan berlaku bermula 30 Dis sehingga 1 Jan pada tahun hadapan bagi di seluruh negeri Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan seperti di Tumpat, Pasir Mas, Kota  Bharu,  Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Manakala di Pahang, antara kawasan yang terlibat adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin selain Mersing, Johor.

Menurut MetMalaysia angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit. – Bernama