Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kumpul Al-Quran rosak untuk dilupuskan -

Kumpul Al-Quran rosak untuk dilupuskan

ORANG ramai yang memiliki Al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat yang rosak akibat banjir diminta mengumpul bahan itu untuk tujuan pelupusan. 

Bahan bacaan itu yang tidak boleh digunakan lagi perlu dikumpul di masjid kariah atau surau setempat dan akan diuruskan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAIP, Noridzuan Abdul Manan, berkata

pihaknya akan menjalankan aktiviti mengambil dan mengumpul al- Quran serta bahan bercetak mengandungi ayat al Quran yang rosak secara berperingkat sebelum dilupuskan.

Katanya, aktiviti pengumpulan al-Quran yang rosak dan terjejas akibat banjir itu dilakukan bagi memelihara kemuliaan al-Quran dan dilupuskan mengikut tatacara pelupusan yang ditetapkan JAIP mengikut kaedah hukum syarak seiring dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Operasi pelupusan akan dilakukan di pusat pelupusan di Kampung Temin, Jerantut, kemudian abu bahan bakar itu dilepaskan ke laut,” katanya. 

Beliau berkata, sebelum ini terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti mengumpul al-Quran serta bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran yang rosak kemudian diserahkan kepada JAIP.

Untuk rekod, Noridzuan berkata, pada kejadian banjir awal Januari lalu JAIP telah mengumpul dan melupuskan lebih 15 tan al-Quran rosak seluruh Pahang.- SB