Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] KPM cadang fasiliti penting di sekolah ditempatkan di tingkat atas – Dr. Radzi -

[VIDEO] KPM cadang fasiliti penting di sekolah ditempatkan di tingkat atas – Dr. Radzi

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) bercadang menempatkan bilik-bilik utama di sekolah di aras yang lebih tinggi dalam usaha mengurangkan kerosakan harta benda sekiranya berlaku bencana banjir.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata, ini termasuk pejabat pentadbiran, bilik guru, bilik komputer dan bilik buku teks.

Katanya, perkara itu diambil kira ekoran kejadian banjir di luar jangkaan yang berlaku baru-baru ini sehingga menyebabkan banyak kerosakan kepada kemudahan utama sekolah.

Mohd Radzi berkata demikian dalam satu hantaran di akaun Facebook rasminya yang mengemas kini aktiviti hariannya turun padang ke SMK Bentong, Pahang untuk bersama-sama bergotong royong membersihkan sekolah berkenaan yang terjejas akibat banjir, hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin (tengah) ketika bergotong-royong membersihkan SMK Bentong, Pahang yang terjejas akibat bencana banjir, hari ini. Foto- FB Dr Radzi Jidin

“Saya dimaklumkan ini kali pertama SMK Bentong ditenggelami banjir di mana paras air hampir mencecah tingkat dua.

“Fasiliti sekolah terjejas teruk. Keseluruhan perabot dan kelengkapan sekolah bagi bilik-bilik yang terletak di tingkat bawah mengalami kerosakan teruk, termasuk bilik guru dan bilik komputer,” katanya.

KPM katanya, akan memastikan penyelanggaraan ifrastruktur serta penggantian perabot dan kelengkapan dapat dilaksanakan segera.

Dalam pada itu, Mohd Radzi berterima kasih atas kerjasama pihak guru, kakitangan sekolah, sukarelawan Guru Pewaris Negara dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turut serta dalam aktiviti gotong royong itu.–SB