Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bersiap sedia hadapi gelombang kedua di Hulu Langat -

Bersiap sedia hadapi gelombang kedua di Hulu Langat

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menempatkan pasukan dan aset di beberapa lokasi di Sungai Gabai dan Sungai Lui, Selangor sebagai persediaan kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir di kawasan Hulu Langat, Selangor.

Ketua Bomba Zon Hulu Langat, Shahrin Yusmar Mat Yusof, berkata mereka sudah menerima amaran awal daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan berlaku hujan lebat di daerah itu hingga 29 Disember ini.

“Kita sudah bersiap siaga untuk menggerakkan pasukan dan aset pada bila-bila masa. Kita membuat persediaan di Bilik Gerakan Operasi Bencana Daerah bersama pasukan pengurusan bencana daerah,” katanya memetik laporan BH, hari ini.

Mengulas mengenai dakwaan kenaikan air sungai di lokasi itu semalam, katanya berlaku aliran air yang banyak disebabkan hujan di Genting Peras.

Bagaimanapun, katanya, air sungai berkenaan sudah pun surut.

“Semalam kita bertindak terhadap satu video yang tular, mengatakan berlaku kenaikan air Sungai Tuntung. Kita ke lokasi untuk mengenal pasti keadaan sebenar.

“Apabila tiba di lokasi, memang terdapat peningkatan sedikit tetapi ia kembali surut. Namun, pasukan bomba ditempatkan di Batu 20 dan Batu 21, berhampiran sungai itu untuk memantau keadaan.

“Operasi pemantauan ditamatkan awal pagi tadi selepas mendapati air sungai di paras normal,” katanya. – SB