Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] ‘Rider’ redah selut, bukit curam hantar bantuan mangsa banjir -

[VIDEO] ‘Rider’ redah selut, bukit curam hantar bantuan mangsa banjir

IBARAT sanggup meredah lautan api, tindakan penghantar makanan atau ‘rider’ menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir mendapat perhatian orang ramai yang majoritinya menghargai usaha mereka.

Menerusi video berdurasi 42 saat yang dikongsikan di Twitter @rabkhairahas menunjukkan beberapa penghantar makanan tekad membawa pelbagai barangan bantuan, walaupun berdepan risiko keselamatan ketika mendaki bukit curam untuk menyerahkan bekalan makanan kepada penduduk Kampung Orang Asli di Hulu Langat.

“Beginilah keadaan yang telah dan akan dilalui oleh rider Grab, FoodPanda, Lalamove, Shopee Food setiap hari untuk sampaikan bekalan makanan kepada penduduk Orang Asli di Hulu Langat.

“Selut sampai ke lutut, daki bukit curam, gadai nyawa, wira yang sebenar!,” katanya menerusi ciapan itu.

Dalam pada itu, menerusi muatnaik video yang berbeza, menunjukkan puluhan penghantar makanan tekad membawa pelbagai barangan bantuan walaupun hanya menaiki motosikal.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai ‘tersentuh hati’ serta memuji mereka yang bersusah payah membantu mangsa banjir. – SB