PEJABAT Ketua Menteri Sarawak (CMO) menasihatkan rakyat di negeri ini supaya bersiap sedia berikutan ramalan hujan lebat berterusan di bahagian barat Sarawak minggu depan.
MCO dalam kenyataan hari ini, meminta orang ramai mematuhi amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) terutama penduduk yang tinggal di kawasan terdedah banjir.
“Sewajarnya bersedia untuk kemungkinan dipindahkan seperti arahan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.
MetMalaysia mengeluarkan nasihat pada Rabu meramalkan berlaku luruan monsun dengan kebarangkalian hujan berterusan di bahagian barat Sarawak minggu depan berdasarkan analisis sistem cuaca yang menjangka potensi hujan lebat berterusan dari 27 hingga 29 Disember. – BERNAMA
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.