Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Michelle Yeoh ‘beraksi’ bantu mangsa banjir di Sri Muda -

Michelle Yeoh ‘beraksi’ bantu mangsa banjir di Sri Muda

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh turut turun padang membantu mangsa banjir dengan menyertai kerja-kerja pembersihan di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor, semalam.

Kehadiran pelakon antarabangsa itu yang turut menyalurkan bantuan buat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda 2 menarik perhatian ramai pihak.

Dalam hantaran pengguna Instagram @jameswastaken_5529 menyaksikan Michelle tiba dengan helikopter yang mendarat di perkarangan sekolah itu. 

“Ia sesuatu yang luar biasa melihat ramai sukarelawan yang turun padang untuk membantu. Lebih mengejutkan adalah apabila selebriti seperti Michelle Yeoh turut serta menyalurkan bantuan. Selamat hari Krismas!” tulis pengguna Instagram itu.

Pengguna Instagram itu juga turut berkongsi foto kenangan bersama Michelle dan sukarelawan yang terbabit. 

Di Instagram Story, akaun Instagram sama turut memuat naik beberapa foto kemunculan Michelle. 

Michelle yang juga pelakon filem Shang-chi and The Legends of the Ten Rings dan Crazy Rich Asian itu hadir bersama tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan. – SB