Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Seludup lebih 600 Murai Batu guna Myvi -

Seludup lebih 600 Murai Batu guna Myvi

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menumpaskan cubaan menyeludup lebih 600 ekor burung Murai Batu yang disorok dalam sebuah kereta di Johor.

Seorang lelaki dikatakan menggunakan sebuah kereta kereta Perodua Myvi untuk menyeludup haiwan terlarang itu sebelum ditahan pihak berkuasa.

Perhilitan dalam satu kenyataan berkata, suspek warga tempatan berusia 34 tahun ditahan dalam satu pemeriksaan khas yang dilakukan di sekitar Bandar Penawar, Daerah Kota Tinggi.

Berikutan itu, satu laporan polis kemudian dibuat Perhilitan berhubung kes jenayah penyeludupan hidupan liar dalam kenderaan darat berkenaan dan kesemua barangan dirampas itu dibawa ke Pejabat Perhilitan Daerah untuk proses tindakan dan siasatan selanjutnya.

Suspek boleh didakwa di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang sekiranya sabit kesalahan, akan dihukum denda maksimum RM100,000 atau pun penjara sehingga dua tahun.

Murai Batu adalah spesies unggas yang dilindungi di bawah akta berkenaan, bahkan memerlukan lesen khas untuk menangkapnya dan mengikut masa dengan kuota tertentu sahaja selain dibenarkan Perhilitan untuk diburu dari tempoh 1 Julai sehingga 31 Disember antara pukul 7 pagi hingga 7 petang dengan penggunaan perangkap jenis pintu jatuh atau jebak. – SB