SELEPAS beberapa hari dilaporkan hilang ketika mandi di sungai, seorang pemuda ditemui lemas kawasan Jambatan Pekan Sehari, Kuala Krau, Pahang, petang semalam.
Mangsa, Lais Hirraz Mohd Syara, 22, hilang ketika mandi di sungai bersama sepupunya pada Rabu lalu.
Mayatnya ditemui terapung di permukaan sungai oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan tinjauan dari atas jambatan pada 5.20 petang.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani ketika dihubungi berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa telah digerakkan sejak Rabu oleh pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh dan PDRM.
“Pencarian menggunakan bot di sepanjang sungai selain pencarian di permukaan. Pada Khamis, operasi turut membabitkan Pasukan Penyelamatan di Air BBP Bukit Angin di kawasan sehingga satu kilometer dari lokasi hilang,” katanya, memetik laporan HM.
Menurutnya, mayat mangsa ditemui kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian dan diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.