JUMLAH harian kes baharu jangkitan Covid-19 setakat jam 12 tengahari tadi merekodkan 3,160 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan hingga kini sebanyak 2,738,401 individu di negara ini sudah dijangkiti virus berkenaan.
Sementara itu, hingga kini seramai 22,834,352 individu atau 97.5 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sebanyak 23,134,179 individu atau 98.8 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.2 peratus atau 2,744,559 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,839,606 atau 90.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.