Lebih 22 juta populasi dewasa lengkap divaksin setakat ini

SEBANYAK 22.84 juta individu (97.5 peratus) populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Khamis.

Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW memaklumkan sejumlah 98.8 peratus (23.13 juta) individu dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 87.1 peratus (2.74 juta) individu remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 2.84 juta individu (90.1 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Dalam pada itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 176,463 dos vaksin telah diberikan yang melibatkan 167,684 dos penggalak dengan 5,275 lengkap dos dan 3,504 dos pertama.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19  meningkat kepada 56.58 juta dengan 5.23 juta daripadanya adalah dos penggalak. – Bernama