Sudahlah ditimpa bencana dan rumah musnah sekelip mata, dihambur pula dengan kata-kata kesat kononnya apa yang berlaku adalah balasan kepada golongan artis!
Itu juga situasi yang melanda pelawan Ebby Yus meskipun rumah yang sedang dalam pembinaan diranapkan arus deras ketika kawasan kediamannya dia Hulu Langat 18 Disember lalu.
Bagi pelawak tersebut, dia tidak mengambil hati dengan kata-kata yang dilemparkan oleh segelintir netizen dan berterima kasih kepada mereka yang sentiasa memberikan semangat.
“Tak apalah kalau mereka nak kata apa pun. Saya reda dan berterima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata semangat.
“Apa sahaja yang terjadi saya terima sebagai ujian dan kena terima keadaan yang berlaku,” katanya kepada SatuBerita.
Terdahulu tular beberapa video pelawak berkenaan menjadi tetamu jemputan program Meletop dia media sosial.
Dia yang ditemubual oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein bercerita mengenai apa yang berlaku pada malam tersebut yang membuatkan penonton mengalirkan air mata.
Meskipun begitu, masih ada yang melemparkan kata-kata kesat yang menganggap itu semua adalah ‘pembalasan’ kepada anak seni.
“Apa sahaja yang berlaku ini adalah takdir. Tak perlu nk tuding jari pada sesiapa. Kalau sudah dikehendaki, apa sahaja boleh terjadi,” kata Ebby positif.
Terdahulu media melaporkan banjir besar yang melanda Hulu Langat, Selangor telah memusnahkan rumah Ebby yang sedang dalam pembinaan.
Rumah yang dibina secara berperingkat itu, bukan sahaja roboh malah strukturnya juga menyembah bumi yang turut menjejaskan beberapa buah rumah lain disekitarnya.
Meskipun tinggal 10 peratus sahaja untuk disiapkan, Ebby reda meskipun sejumlah RM200,000 sudah dikeluarkan untuk membina.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.