DATIN Seri Rosmah Mansor menyifatkan dakwaan audio perbualan bocor antara beliau dan suaminya Datuk Seri Najib Razak sebagai mengarut.
Memetik laporan Malaysiakini, beliau berkata demikian dalam pemeriksaaan balas timbalan pendakwa raya Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam perbicaraan kes rasuah melibatkan projek tenaga solar hibrid untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak.
Sri Ram: Saya katakan itu suara anda.
Rosmah: Saya tidak setuju.
Pada 8 Januari 2018, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan beberapa rakaman perbualan telefon melibatkan Najib dalam kes 1MDB.
Antaranya didakwa turut melibatkan bekas ketua pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad dan perbualan Najib dengan pegawai kanan daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Perbualan bocor didakwa melibatkan Rosmah itu terkenal dengan saranannya kepada Najib dalam rakaman audio yang antaranya menyebut “Can I advise you something?” (boleh saya nasihatkan sesuatu pada anda?). – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.