JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan luruan monsun dengan keadaan itu boleh menyebabkan hujan berterusan di timur Johor, timur Sabah dan barat Sarawak dalam tempoh 28 Dis hingga 30 Dis ini.
Luruan monsun pada 27 Dis hingga 30 Dis itu adalah angin sejuk dari Siberia yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan angin kencang dan laut bergelora diramal di perairan Laut China Selatan termasuk kawasan perairan pantai timur Semenanjung pada 26 Dis hingga 30 Disember.
Jabatan tersebut turut menasihati orang awam yang merancang perjalanan ke kawasan-kawasan berkenaan dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini di MetMalaysia.
“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Johor Timur, Sabah Timur dan Sarawak Barat dalam tempoh 28 hingga 30 Disember,” katanya pada Khamis. – SB
Dalam masa sama, menurut MetMalaysia, angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuk kawasan perairan pantai timur Semenanjung pada 26 hingga 30 Disember.
Jabatan itu memaklumkan akan terus memantau keadaan cuaca setiap hari dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan serta amaran ribut petir jika perlu. – Bernama
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.