Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Saling bantu tidak kira bangsa ketika bencana - Mangsa banjir -

[VIDEO] Saling bantu tidak kira bangsa ketika bencana – Mangsa banjir

SANGGUP redah banjir demi membantu mangsa walaupun nyawa jadi taruhan, tindakan warga Indonesia dan Bangladesh menyediakan makanan dan minuman dipuji mangsa banjir.

Tidak kira bangsa, ketika musibah menimpa, semangat peri kemanusiaan amat penting dan bermakna.

Satu video yang tular menerusi aplikasi Whatsapp menunjukkan dua orang mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor, sebak dan terharu melihat semangat warga Indonesia dan Bangladesh itu untuk membantu memastikan bekalan mangsa bencana itu mencukupi. 

Menurut ibu dan anak yang menjadi mangsa banjir itu, jiran di kawasan perumahan itu saling bantu-membantu bagi memastikan bekalan makanan setiap mangsa di kawasan itu mencukupi sehingga sanggup mengangkat tong gas ke bumbung.

“Jiran depan rumah bawa tong gas naik atas bumbung, dia buka bumbung dan beri ke rumah sebelah, rumah sebelah dapur dia boleh bawa atas, jadi dia bawa atas (dapur) tetapi tidak boleh bawa naik tong gas kerana air dah naik.

“Jiran sebelah itu, dia masak nasi goreng letak dalam bekas. Siap ikat (bekas makanan), jadi orang Indonesia yang panjat jadi seperti Grab Express, dia baling botol, makanan, dia naik bumbung beri kami makanan supaya kita tenang, kerana kita tiada bekalan makanan,” kata mereka.

Kata mereka, walau berdepan situasi bencana yang merunsingkan, tetap dapat membuka mata mereka yang ia menjadikan mereka satu keluarga besar bak pepatah Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

“Tak kira bangsa, tak kira India, Cina, Melayu, Indonesia atau Bangladesh, kita kalau tengok warga Bangladesh memang ada sesetengah orang tidak layan dengan betul.

“Tapi bila masa itu, dia tak kira dia punya nyawa, memang dia datang bawa air, makanan, dia curi dekat Mydin dia bagi dekat orang,” luah mereka.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Keadaan darurat, saya seikhlas hati halalkan

Baca berita berkaitan: Banjir di Taman Sri Muda semakin pulih, air mulai surut

Terdahulu media melaporkan, pihak pengurusan Mydin memaafkan dan menghalalkan apa sahaja barang yang dicuri.

Dalam pada itu, situasi banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam iaitu antara kawasan yang terjejas teruk, dilihat beransur pulih apabila paras air semakin surut pada pagi ini.

Paras air yang mencecah sehingga bumbung rumah sebelum ini surut ke paras pinggang sejak tengah malam tadi dan direkodkan perkembangan terkini pada paras antara lutut dan pinggang orang dewasa. – SB