Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penjualan tiket pengangkutan VTL Malaysia-Singapura digantung sementara -

Penjualan tiket pengangkutan VTL Malaysia-Singapura digantung sementara

KERAJAAN telah memutuskan untuk menangguh sementara penjualan tiket bas dan penerbangan bagi insiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysa-Singapura.

Tiket tersebut, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, sepanjang tempoh 23 Disember ini sehingga 20 Januari depan.

Keputusan dibuat berikutan perkembangan terkini di Singapura yang mendapati dua daripada tiga kes positif Covid-19 berkemungkinan varian Omicron manaka keputusan bagi lain-lain kes masih belum selesai (pending).

“Bagi pengembara yang sudah memiliki tiket perjalanan VTL darat dan udara serta memenuhi syarat ditetapkan, mereka boleh meneruskan perjalanan bawah inisiatif VTL ini.

“Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua insiatif VTL ini akan dibuka semula bermula 21 Januari 2022, selepas penilaian risiko dibuat berdasarkan situasi COVID-19 semasa di kedua-dua negara. Bagaimanapun, kuota tiket yang dijual akan dikurangkan daripada kuota sedia ada,” katanya.

Khairy yang berkata demikian dalam satu kenyataan pada Selasa turut memberitahu, ketiga-ketiga-tiga kes itu tidak mempunyai sebarang sejarah perjalanan ke luar negara.

Bagaimanapun, katanya, bagi pengembara yang telah memiliki tiket perjalanan VTL darat dan udara serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, mereka boleh meneruskan perjalanan di bawah inisiatif VTL ini. – SB