Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pasukan Cantas PDRM digerakkan untuk cegah kecurian kereta di kawasan banjir -

Pasukan Cantas PDRM digerakkan untuk cegah kecurian kereta di kawasan banjir

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah proaktif untuk mencegah kecurian kereta daripada berlaku di kawasan-kawasan yang dilanda banjir.

Bagi mencapai maksud tersebut PDRM telah menubuhkan satu pasukan khas yang dinamakan sebagai Pasukan Cantas.

Antara lain pasukan berkenaan akan memantau aktiviti yang mencurigakan dan menangkap individu atau kumpulan yang disyaki mencuri kenderaan mangsa-mangsa banjir yang tersadai.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pasukan itu dibentuk serta- merta bagi menangani masalah kecurian kenderaan rosak di lapan negeri yang terjejas teruk akibat banjir luar biasa yang melanda negara pada 18 Disember lalu.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani tentang insiden kecurian kereta mangsa banjir oleh pihak tertentu dengan menggunakan trak penunda.

“Hasilnya kita membentuk dan menggerakkan Pasukan Cantas terdiri daripada pegawai dan anggota polis di lapangan kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di seluruh negara,” katanya dalam sidang media di KDN di Putrajaya pada Delasa.

Beliau berkata, demikian selepas majlis penyerahan Watikah Pelantikan Datuk Razarudin Husain@Abd Rashid sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu di Dewan Gemilang pada Selasa.

Hamzah menambah, Pasukan Cantas itu akan turun ke lapangan setiap masa dan memantau sebarang jenayah kecurian kenderaan tersadai milik mangsa banjir.

“Selepas Pasukan Cantas dapat mengesan pencuri kenderaan tersadai di kawasan terjejas banjir, mereka akan mencekup pencuri segera dan akan diheret ke muka pengadilan dengan tindakan sangat tegas.

“Pasukan Cantas ini akan ditempatkan di semua tempat terutama sekali tempat-tempat yang ada kereta-kereta mangsa banjir,” ujarnya.

Hamzah juga meminta orang ramai membuat laporan dan polis akan menyiasat segera.

Kepada individu-individu yang melakukan perbuatan itu beliau menasihatkan agar jangan mengambil kesempatan ketika orang lain alam keadaan sengsara musibah.

“Jangan ditambah kesengsaraan mereka.

“Kita akan menyiasat dengan pantas jika berlaku termasuk kes-kes pecah masuk kedai serbaneka agar ia tidak berulang lagi,” tegasnya. – SB