Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bencana berbeza ikut lokasi, situasi - MKN -

Bencana berbeza ikut lokasi, situasi – MKN

SITUASI dan ciri banjir yang berbeza antara sesebuah tempat, menyebabkan pengurusan bencana juga berlainan, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad.

Beliau berkata sesuatu pengurusan itu perlu diteliti dan dipertimbangkan oleh komander operasi bencana terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang tindakan.

“Kadang-kadang kita tidak tahu keadaan (situasi banjir) di sesuatu tempat. Ia berbeza-beza situasi dan kita cenderung buat andaian am bagi semua tempat. Itu tak betul keadaan seumpama itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau situasi  banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor, hari ini.

Rodzi berkata secara keseluruhan, beliau mendapati pengurusan bencana di Taman Sri Muda khususnya berada pada di tempatnya dan sudah berjalan dengan baik. 

“Cuma pada peringkat awal disebabkan hujan yang terlalu banyak, secara tiba tiba. Kita tidak menjangka paras air akan naik sebegini tinggi jadi kita terperangkap dalam banyak keadaan.

“Namun agensi kerajaan semua telah memainkan peranan, berusaha bersungguh-sungguh walaupun keluarga masing-masing ada yang kena banjir, tetapi semua petugas kerajaan cukup komited untuk memberi khidmat yang terbaik,” katanya.- BERNAMA