Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Awas!. Pergerakan tanah di susur keluar Bulatan Melawati - MBSA -

Awas!. Pergerakan tanah di susur keluar Bulatan Melawati – MBSA

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor memberi amaran tanah runtuh kepada pengguna jalan raya yang melalui Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15, Shah Alam. 

Pengguna jalan raya yang melalui laluan itu dan menuruni Bulatan Melawati keluar ke Lebuhraya Persekutuan arah Klang, diminta supaya berhati-hati serta memperlahankan kenderaan masing-masing.

Ia berikutan terdapat pergerakan tanah di kawasan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang melanda Shah Alam pada awal pagi tadi.

MBSA memaklumkan, tindakan awal sudah diambil dengan kawasan pergerakan tanah itu sudah ditutup menggunakan kanvas bagi mengekang pergerakan tanah.

“Kon juga dipasang di laluan itu sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya.

“Pengguna laluan berkenaan diminta supaya memperlahankan kenderaan mereka dan berhati-hati ketika melalui jalan itu,” katanya. 

Sejak pagi tadi, tular gambar dan rakaman suara seorang pengguna jalan raya yang menunjukkan tanah di susur keluar Bulatan Melawati ke Klang mengalami rekahan. 

Peringatan itu diberikan kepada pengguna lain supaya berhati-hati berikutan mungkin berlaku runtuhan jika hujan lebat. – SB