Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Banjir di Selangor, ragut tujuh nyawa, satu masih hilang -

Banjir di Selangor, ragut tujuh nyawa, satu masih hilang

BENCANA banjir di Selangor telah meragut tujuh nyawa dengan empat mayat ditemukan di kawasan Taman Sri Muda, manakala seorang lagi dilaporkan masih hilang setakat petang ini, kata Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis.

Beliau berkata, satu mayat lelaki ditemukan pada Sabtu dan dua lagi mayat lelaki ditemukan semalam di kawasan Taman Sri Muda.

“Ketiga-tiga mangsa ditemukan di dalam air banjir, manakala mayat seorang wanita dipercayai warga Indonesia, ditemukan di sebuah rumah di bahagian tingkat atas awal pagi semalam di taman tersebut,” katanya pada sidang media di  Pusat Kawalan Operasi Bencana Bomba Seri Muda, Selangor, hari ini.

Beliau berkata dua lagi mayat lelaki ditemukan di Dengkil hari ini dan seorang mayat pemandu lori lelaki ditemukan di Desa Coalfields, Kuala Selangor semalam.

“Seorang lelaki berusia 31 tahun dilaporkan hilang di Sungai Pinang, Klang pada 12.30 tengah hari semalam,” katanya.- BERNAMA