Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Banjir di Kelantan: 12 tahun berteduh di wakaf -

Banjir di Kelantan: 12 tahun berteduh di wakaf

SETIAP kali rumah mereka ditenggelami banjir sejak 12 tahun lalu, empat beranak akan menjadikan wakaf sebagai tempat untuk berteduh selepas kediaman mereka di pinggir Sungai Kelantan di Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai, Kelantan, dinaiki air.

Yah Mamat, 55 dan keluarga memilih untuk tinggal di wakaf yang terletak di pinggir jalan utama, kira-kira 100 meter dari rumahnya berikutan keadaan kesihatan suaminya, Mohd Sata Jaafar, 60, yang juga orang kelainan upaya (OKU).

“Bukan kami tidak mahu ke pusat pemindahan sementara (PPS). Suami tidak mahu bersesak di pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya yang tidak sanggup meninggalkan suaminya yang sakit bersendirian di wakaf itu.

“Pada petang semalam, limpahan air sungai menyebabkan sebahagian rumah kedai kami ditenggelami air dan terpaksa bermalam di wakaf ini yang hanya ditutupi dengan plastik putih.

“Pada masa sama, dua anak iaitu Mohd Fazri Mohd Sata, 38 dan Mohd Amirul, 29, juga perlu bergilir-gilir mengawasi keadaan kerana bimbang berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya memetik laporn BH, ketika ditemui di Kampung Pasir Kelang.

Yah berkata, pasukan keselamatan menyarankan mereka sekeluarga berpindah ke PPS bagi memastikan keselesaan dan keselamatan, namun memutuskan untuk berteduh di wakaf itu sehingga banjir surut.

“Jika mahu mandi, kami akan menumpang bilik air di masjid berhampiran.

Kebiasaannya, keadaan ini tidak akan berlarutan dalam tempoh yang lama…hanya tiga atau empat hari,” katanya. – SB