Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Air Selangor, TNB diminta beri pengecualian bil kepada mangsa banjir -

Air Selangor, TNB diminta beri pengecualian bil kepada mangsa banjir

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta memberi pengecualian bil air dan elektrik kepada mangsa banjir yang terkesan dengan musibah itu. 

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata perkara itu dibangkitkan sendiri oleh penduduk yang terkesan kerana perlu menggunakan sumber air dan elektrik dalam kuantiti yang banyak untuk membersihkan kediaman selepas dilanda bencana itu.

“Oleh kerana kerja pembersihan yang sangat besar, jadi ia mengambil banyak penggunaan air dan elektrik, jadi mereka (mangsa) nak dikecualikan pembayaran bil untuk bulan ini,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Jelasnya urusan pembersihan dan membaik pulih rumah serta membeli perkakas baharu juga memerlukan masa yang panjang.

Selain itu, beliau mahu kerajaan membuat pendirian tegas dengan meminta majikan swasta memberikan cuti bergaji kepada mangsa banjir sama seperti yang diumumkan kepada penjawat awam bagi membolehkan mereka menguruskan kerja pembersihan. 

Yeoh turut meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menghulurkan bantuan segera kepada mangsa banjir bagi memastikan tiada warga emas dan Orang Kurang Upaya yang terlepas daripada mendapat bantuan segera. – Bernama