2,589 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini

SEBANYAK 19 lagi kes kematian membabitkan jangkitan COVID-19 dicatatkan sehingga semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam masa sama negara turut merekodkan 2,589 kes baharu akibat COVID-19 pada Isnin.

Pertambahan angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,721,544 kes.

Pada 20 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,589 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,721,544 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. – SB