PETUGAS dan sukarelawan Malaysian Relief Agency (MRA) mula berganding bahu menyediakan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat banjir besar di Selangor dan Kuala Lumpur.
Menerusi video berdurasi 14 saat yang dikongsikan di laman Facebook Mohd Daud Sulaiman, dapat dilihat para petugas menyediakan bungkusan makanan dan bantuan bukan makanan yang telah disumbangkan oleh orang ramai dan agensi korporat menerusi Tabung Bantuan Kecemasan Mengharungi Monsun.
Penyediaan bungkusan yang diadakan di Gudang MRA Pusat, Petaling Jaya, Selangor, akan segera diagihkan kepada mangsa banjir di beberapa lokasi yang terjejas.
“Sumbangan individu dermawan, persatuan-persatuan kebajikan dan agensi korporat sangat diperlukan di saat-saat kecemasan ini.” katanya.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB Bank bernombor 86000 59478 milik Malaysian Relief Agency Foundation atau menghubungi pihak MRA di talian 0391744672. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.