Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Sungai Gombak melimpah, Kuala Lumpur tenggelam! -

[VIDEO] Sungai Gombak melimpah, Kuala Lumpur tenggelam!

BANJIR yang melanda sebahagian besar kawasan sekitar Shah Alam dan Klang pada petang Sabtu kini merebak ke ke Kuala Lumpur.

Menurut perkongsian netizen di media sosial, sebahagian besar laluan utama di sekitar pusat bandar raya dinaiki air bermula malam tadi.

Antara kawasan yang ditenggelami air adalah sebahagian besar hadapan bangunan Sultan Abdul Samad dan Jalan Raja di Kuala Lumpur ekoran limpahan Sungai Gombak.

Banjir mengakibatkan laluan masuk ke Dataran Merdeka terutama dari arah Padang Merbok dan Masjid Negara ditutup kepada semua kenderaan.

Limpahan Sungai Gombak turut menyebabkan banjir di Jalan Kinabalu.

Laluan dari arah Jalan Kuching menghala Jalan Loke Yew ditutup sepenuhnya selepas dinaiki air manakala pengguna jalan raya dilencongkan ke Jalan Sultan Ismail.

Hantaran media sosial netizen juga menunjukkan ratusan penduduk yang mendiami Jalan Tiong Nam, terperangkap di kediaman mereka selepas air naik setinggi kira-kira meter.

Ratusan penduduk kawasan berkenaan juga didapati meninggalkan kenderaan di sepanjang Jalan Chow Kit dari arah bangunan Sime Darby sehingga persimpangan menuju ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

MASJID Jamek di Jalan Tun Perak Kuala Lumpur turut ditenggelami banjir ekoran limpahan air Sungai Gombak yang berlaku pada malam Sabtu. – Foto MEDIA SOSIAL

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur mengerahkan pegawai dan anggota bersama dua unit bot bagi membawa keluar mangsa terperangkap.

Di Jalan Ipoh, Sentul, limpahan Sungai Gombak turut menyebabkan banjir di Jalan Kasipillay. – SB