SATU kejadian tanah runtuh telah dilaporkan berlaku di lebuhraya Karak pada malam Sabtu.
Kejadian yang berlaku di Kilometer 62.9 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong itu telah dimuatnaikkan dalam hantaran di laman-laman sosial milik beberapa pengguna laluan berkenaan sebentar tadi.
Menurut hantaran-hantaran di media sosial mengenai kejadian tersebut, kejadian tanah runtuh itu telah menghalang sepenuhnya laluan tersebut dan menyebabkan puluhan kenderaan terperangkap.

Antara yang turut terlibat ialah pelakon, Fizo Omar yang memuat naik satu video yang mengatakan beliau terkandas bersama pengguna jalan raya yang lain.
Menurut beliau sehingga setakat ini masih belum ada bantuan yang dikerahkan ke kawasan kejadian untuk membantu mereka yang terperangkap.
“Allahu..tak terdaya kami nak bantu,ramai yg terkandas termasuklah anak2 kecil yg warga emas terkanda di tgh hujan lebat ni.diharap mana2 pihak dpt menghantar bantuan secepat mungkin,” catat Fizo dalam hantaran terkini di Facebook miliknya.
Dalam video yang dikongsikan beliau, kelihatan dua buah lori bertembung antara satu sama lain akibat ditolak oleh rempuhan tanah yang runtuh.
Pelakon berkenaan juga memohon agar pihak pengurusan lebuhraya pantai Timur mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang kenderaan lain daripada masuk ke laluan tersebut dari Plaza Tol Gombak dan Karak.
Sehingga setakat ini tiada maklumat lanjut diperolehi daripada pihak berkuasa mengenai kejadian tersebut mahupun status bantuan untuk mereka yang terperangkap. – SB

Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.