CATATAN rekod kes baru Covid-19 para Ahad menunjukkan penurunan sebanyak 975 kes berbanding Sabtu.
Kes harian jangkitan Covid-19 yang baharu direkodkan sebanyak 3,108 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu.
Menerusi Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat penurunan sedikit dalam kes jangkitan baharu berbanding semalam.
Untuk rekod, semalam negara mencatatkan 4,083 jangkitan baharu Covid-19.
Dengan jumlah terbaharu kes Covid-19 hari ini, ia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kini 2,718,955 kes.
Pada Sabtu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 11 lagi kes Covid-19 yang dijangkiti varian membimbangkan (VOC) Omicron.
Dr. Noor Hisham berkata, semua kes yang dikesan membabitkan varian berkenaan mendapat jangkitan dari luar negara.
“Tiga kes dari United Kingdom dan Amerika, masing-masing dua dari Nigeria dan Arab Saudi serta satu dari Australia,” katanya. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.