Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Eain Yow juarai Kejohanan Individu Asia 2021 -

Eain Yow juarai Kejohanan Individu Asia 2021

PEMAIN skuasy lelaki utama negara Ng Eain Yow mengotakan janjinya setelah berjaya menamatkan kemarau selama sedekad Malaysia untuk menjuarai Kejohanan Individu Asia 2021 di Islamabad, Pakistan, pada Ahad.

Eain Yow yang juga pilihan utama kejohanan, menewaskan pemain nombor 49 dunia, Yip Tsz Fung dari Hong Kong, 11-6, 13-11, 11-9 dalam masa 34 minit untuk dinobatkan sebagai juara kategori lelaki.

Ini juga merupakan kemenangan pertama Eain Yow dalam kejohanan itu, selepas membantu Malaysia merangkul Kejohanan Berpasukan Asia, pada awal bulan ini.

Pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2018, Mohd Nafiizwan Adnan merupakan rakyat Malaysia terakhir memenangi kejuaraan lelaki pada 2011.

Sementara itu, pemain nombor 39 dunia Rachel Arnold gagal membawa merangkul gelaran juara wanita untuk Malaysia apabila tewas kepada Tong Tsz Wing, juga dari Hong Kong, 8-11, 11-13, 5-11.

Ratu skuasy yang juga juara sembilan kali kejohanan Asia, Datuk Nicol Ann David ialah pemain wanita negara terakhir yang memenangi kejohanan itu pada 2015. – Bernama