BEBERAPA unit kediaman musnah dalam satu kebakaran di Flat Sri Johor, Cheras, Kuala Lumpur, malam ini.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihakya mengesahkan kejadian itu dan kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
“Ya, betul berlaku kebakaran. Mohon bersabar nanti kita kongsikan kenyataan media,” katanya seperti dilaporkan BH, malam ini.
Ketika ini anggota bomba dan Penyelamat sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran itu.
Difahamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang dalam perjalanan untuk meninjau keadaan di ke flat tersebut. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.