LEBIH 11 peratus daripada 1,213,769 pengundi biasa sudah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, setakat jam 9 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pada PRN Sarawak kali ini, seramai 1,252,014 pengundi berdaftar, layak mengundi dan daripada jumlah itu, seramai 20,360 orang adalah pengundi awal dan 17,885 orang sudah mengundi secara pos.
Pusat pengundian dibuka bermula jam 7.30 pagi dan akan ditutup pada jam 5 petang.
Pengundi didapati keluar awal ke saluran mengundi bagi mengelak cuaca hujan yang diramalkan pada waktu petang.
Cuaca mendung di kebanyakan kawasan dan tinjauan sekitar pusat mengundi di Sibu mendapati pengundi mula beratur seawal jam 7.15 pagi lagi, sebelum 1,866 pusat mengundi dibuka pada jam 7.30 pagi.
Hujan dilaporkan di Sibu, namun ia tidak menghalang pengundi berkumpul di pusat mengundi sekitar bandar itu seawal jam 7 pagi lagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca pagi ini baik di seluruh negeri, bagaimanapun ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang di beberapa bahagian, termasuk Kuching, Samarahan, Sri Aman, Serian, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.