Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lebih 2.73 juta remaja Malaysia lengkap vaksinasi -

Lebih 2.73 juta remaja Malaysia lengkap vaksinasi

SEBANYAK 86.9 peratus atau 2,733,768 remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sejumlah 2,832,684 individu atau 90 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 22,809,201 individu atau 97.4 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,116,934 individu atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 160,974 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,088 dos pertama, 4,663 dos lengkap dan 153,223 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 55,728,484 dos dengan 4,430,656 daripadanya adalah dos penggalak.